Wednesday, 27 July 2011

Kenanganku Part I

       




          Aku nak berkongsi cerita pengalaman dan suka dukaku di JKR WP Labuan... Aku melapor diri di JKR WP Labuan pada 1 Oktober 2003. Masa ni aku masih bujang tau. Hahhahahaha... Masa ni kami empat sekawan datang melapor diri ke JKR WP Labuan iaitu Abdul Cim (Cim), Marlinah (Lyn), Sohaanie (Alai) dan aku sendiri (Zie). Nak tau macamana kami saling mengenali... Cim dan Lyn aku kenal masa aku study di Politeknik Kota Kinabalu mengambil jurusan Sijil Awam Pembinaan. Keadaan tidak mengizinkan aku untuk meneruskan pelajaran ku disana. Aku memulakan langkahku ke Politeknik Kuching Sarawak. Disinilah aku mengenali Alai.Kami mengambil jurusan yang sama iaitu jurusan Sijil Perkhidmatan Bangunan. Kami sentiasa bersama, ditemani BFF kami iaitu Malinah Abang, budak Sarawak. Kami sentiasa bersama menghadapi Suka duka sewaktu kami disini. Sesungguhnya aku amat bersyukur kepada ALLAH S.W.T ,  hingga kini kami saling berhubung antara satu sama lain. Alhamdulillah, persahabatan kami telah terjalin selama sebelas tahun. Fuiyoo... lama tu. Walaupun kesibukkan kami sentiasa ada, insyallah kami akan berhubung antara satu sama lain. Inilah kisah dimana Alai menjadi rakan sekolahku dulu. kini kami dibawah satu bumbung... berkerja sama walaupun bahagian yang berbeza.



          Kami berempat ditempatkan selama seminggu di Bahagian Pentadbiran. Mula-mula duduk disana terasa amat takut dan segan pun ada. Dalam fikiranku mesti kami ni selalu kena marah .... oleh Ms. Tan. Jantung berdegup kencang seperti DUP DAP DUP DAP sepanjang masa apabila berdepan dengan Ms Tan. Dengar jak suara Ms. Tan... kami rasa tidak keruan dan kecut. Masa tu Ms. Tan menjadi CC di Bahagian Pentadbiran. Rupa-rupanya tanggapan aku terhadap Ms. Tan semuanya salah. Walaupun Ms. Tan nampak tegas.. tapi dalam hati ada taman. Aku tidak menjangka bahawa ada juga orang yang baik seperti Ms. Tan. Aku memang Respek habis ngan Ms. Tan. 

          EO masa ni ialah En. Yusuf. Aku tidak menyangka En.Yusuf peramah dan mesra. Walaupun gayanya dan rupanya sentiasa menunjukkan ketegasannya. En. Yusuf memang best amat sangat. kalau tak percaya tanyalah staf yang lain. Dia selalu beri nasihat kepada kami berempat. Ada masalah kami akan berjumpa dengannya dan dia sentiasa menjadi pendengar yang setia. Masa ni tak pernah pula WUJUD ISU PERKAUMAN walaupun dia berasal dari luar Sabah dan Labuan. Aku memang Respek habis ngan EO ni jugak. Tidak sia-sia aku datang dari Sabah dan menjejakkan kaki ke JKR WP Labuan. Tak pernah pun aku merasa Stress serwaktu berkerja disini. Walaupun kami orang baru disini, terasa seperti orang lama yang telah berkhidmat disini. Tapi, apa yang paling penting gelaran kami terhadap En. Yusuf ialah Gula-gula HACKS... nam ini tidak bermaksud untuk mengaibkan orang tau. Kalau nak tau En. Yusuf sentiasa KOOL dalam semua perkara termasuk membuat keputusan.  Masa ni memang BEST yang amat sangat.

          Beberapa hari kemudian kami berjumpa dengan Pengarah iaitu En. Che Hassin.. Dengar jak nama Pengarah aku merasa kecut perut. Aku rungsing ... ni macamana mo berdepan dengan Pengarah. Aku gagahi juga melangkah masuk ke biliknya. Masa tu kami berdua ngan Marlinah... Semakin kuat degup jantungku... kerana takutkan Pengarah. Kawan-kawan senior yang lain ada bercerita tentang pengarah ni. Pengarah ni amat tegas orangnya. Abdul Cim ada juga bercerita sikit latar belakangnya. Aku jadi sejuk dingin bila meningatkan cerita tentang Pengarah ni. Aduh rasa nak pengsan pun ada. Tiba-tiba Pengarah bertanya namaku...Aku menjawap namaku RUZYSURYANI BINTI MOHD JAIS. OOOooooo dia berkata. Pastu dia sebut namaku balik... nak tau apa dia sebut RUZYSURYANTI... bila masa nama aku boleh bertukar. Aku jadi merah padam. Aduhhhh... terus Pengarah ketawa. Adehhh... rupanya Pengarah sengaja nak menguji aku... dia tau aku takut dengan dia. Hahahahahha... Gedebussss..... Malunya aku masa ni...  Barulah aku tau Pengarah ni tegas terhadap kerja dan peramah kepada staff juga. Walaupun sekejap saja berkerja dia bawah beliau yang pastinya akan ku ingati nama beliau sampai bila-bila. Satu-satunya pengarah yang memanggil namaku RUZYSURYANTI. Apa yang yang penting Beliau boleh di ajak berbincang. Thanks Pengarah En. Che Hassin kerana memberi kami pengalaman baru di alam perkerjaan.

          Selepas seminggu aku ditempatkan di Pentadbiran, kini bermulalah langkah baru kami berempat. Aku ditempatkan di Bahagian Bangunan /Senggara, Abdul Cim ditempatkan di Bahagian Projek Khas, Sohaanie pula ditempatkan dim Bahagian Jalan dan Marlinah pula ditempatkan di Bahagian Bekalan Air. Masa ni Bekalan Air masih dibawah JKR. Pengalamanku masa ni terlalu banyak sehingga aku UPGRADE MEMORY. Hahahhahaha.... Jangan keliru. Sebanarnya waktu belajar dulu... Aku nada belajar benda-benda ini. Buat Projek Bangunan memang tiada dalam skop pelajaranku waktu di POLITEKNIK dulu. Disinilah bermulanya aku berjumpa JURUTERA yang paling best... En. Roslan tapi, aku panggil En. Lan jer... Asal dari Negeri Kelantan. Mula-mula tu aku langsung tak faham bahasanya. Lama kelamaan aku dah pandai bercakap bahasa bos aku juga. Terror .... ooooo aku masa ni.  Hahahahahha... En. Lan bagi kepercayaan kepadaku untuk menjaga Projek Dewan Serbaguna JKR WP Labuan. Thanks En. Lan pasal banyak bagi kepercayaan pada Ruzy. Akhirnya siap juga projek ku yang pertama.










          Selepas Projek ini, disinilah keakraban aku, cim dan alai semakin erat. Dimana ada cim pasti aku dan alai ada.... Hehhehehehhe... dalam diam... saya SAYANG AWAK... Disinilah bibit cinta bermula... hahhhaha






         Ndak lama kemudian kami didatangi oleh Pengarah baru iaitu Tuan Haji Shahawai. Wahwei... Pengarah yang paling best. Sporting bah... Semua aktiviti kebudayaan dia suruh anjurkan. Beliau jenis carring dan peramah. kami seperti dihargai. Thanks Pengarah kerna sudi singgah di JKR WP Labuan walaupun hanya beberapa tahun sahaja. Sewaktu Pengarah pergi meninggalkan kami, kami sedih kerna berpisah dengan pengarah yang kami hormati. The BEST Pengarah - Tn. Hj. Shahawai yang bertaktha di hati JKR LABUAN.







Aku berterusan menghitung hari demi hari. Hanya tinggal beberapa hari, jam, minit dan saat lagi aku akan melangkah pergi dari Bahagian Jalan dan akan meneruskan kerjayaku di bahagian Korporat. Kali ini aku bertekad.. aku akan cuba sedaya upaya ku untuk meneruskan langkahku. 

 Nantilah aku sambung ceta... aku nada MOOD... sebab menghitung hari...
 








2 comments:

  1. sabarlah.. anggapkan perpindahan ke tempat baharu sebagai satu kelebihan dan pentas untuk menyerlahkan bakat terpendam..

    yakinkan diri dengan kebolehan dan jangan terlalu lama toleh kebelakang, nanti kita tertinggal kejadian dihadapan..

    take care..

    ReplyDelete