Wednesday, 27 July 2011

kuliah jin : UST. HJ ISMAIL KAMUS

 Assalamualikum, 
 Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang 
 makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan... 
                                  
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.
    Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu 
    tahun lamanya . 
 
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk 
    menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt.
    melaknat dan perintah turun ke bumi. 
 
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam
    (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang
    turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 
 
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang 
    Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
    suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu 
    ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, 
    orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. 
 
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,lombong, laut,
     tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 
   
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan 
    (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, 
    Fil 'alamin."  Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan 
    Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan,
   "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat 
    pangkat datuk. Dan masa bilapula, kita jadi cucu cicit jin !!!! 
 
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada 
    dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...."
   Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina
    istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak
    perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
    tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. 
    Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput
   dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu 
   oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. 
 
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang 
    airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di 
    situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 
            
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru 
    siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk 
    rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. 
    Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang 
    melayu suka sangat menepung tawar !!! 
 
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali,
        jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti 
       (tekniknya)sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk. 
              
* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara 
   Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah 
   satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun
   dia sudah mati. 
 


No comments:

Post a Comment