Monday, 2 January 2012

Terdengar lagu SALEM... Bait-bait ayat yang membuat aku terasa SAYU bila mengenangmu Sahabatku.... Jauh kau pergi meninggalkan diriku.. Aku rasakan. Jiwa ini tidak tenang. Bertambah luka lagi hati ini bila terlihat sehelai kain pemberian seorang sahabat yang amat aku rindui. Terasa airmata ini mengalir dengan derasnya. Diri ini terlalu lemah untuk menerima kenyataan... yang kau telah jauh dari sisiku. Airmata seperti tidak mahu berhenti mengalir. Ku cuba tahan... tapi, aku tak mampu. Apa dayaku... Kain itu ku pegang dan ku usap dengan rapi. Aku andaikan kau sentiasa ada disisiku dan sentiasa memberi nasihat kepadaku. Ya Allah.. tabahkanlah hatiku ini... orang yang ku kenang ini sebenarnya telah tiada.. hanyalah kenangan dan sehelai kain  ini sahaja yang menemaniku. Baru beberapa bulan pemergianmu...sayang. Tetapi, masih terasa kehadiranmu... Sahabatku.

Tuesday, 27 December 2011

Ciri² rambut seseorang...


Yang mana satu rambut anda sebenarnyerrrrrrr.............

1) RAMBUT LURUS -bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai
dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,
banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak
suka termenung

3) RAMBUT KERENTING NEGRO -bijak, ego, cemburu buta, romantic ,
memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG-bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,
berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang 
dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT -bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas
dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan
pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan
bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL-bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan,
dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang,
susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa 
pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN -kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran
terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT-macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -itu
rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn..... Huahuahuahua

~ Rahsia Disebalik warna ~

23 Disember hingga 1 Januari - Merah
2 hingga 11 Januari - Oren
12 hingga 24 Januari - Kuning
25 hingga 3 Februari - Merah Jambu
4 hingga 8 Februari - Biru
9 hingga 18 Februari - Hijau
19 hingga 28 Februari - Kuning
1 hingga 10 Mac - Biru
11 hingga 20 Mac - Lime
21 Mac - Hitam
22 hingga 31 Mac - Ungu
1 hingga 10 April - Biru
11 hingga 20 April - Hitam
21 hingga 30 April - Putih
1 hingga 14 Mei - Biru
15 hingga 24 Mei - Emas
25 Mei hingga 3 Jun - Krim
4 hingga 13 Jun - Hitam
14 hingga 23 Jun - Maroon
24 Jun - Biru
25 Jun hingga 4 Julai - Merah
5 hingga 14 Julai - Oren
15 hingga 25 Julai - Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos - Merah Jambu
5 hingga 13 Ogos - Biru
14 hingga 23 Ogos - Hijau
24 Ogos hingga 2 September - Merah
3 hingga 12 September - Hijau
13 hingga 22 September - Lime
23 September - Kuning
24 September hingga 3 Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23 Oktober - Hitam
24 Oktober hingga 11 November - Putih
12 hingga 21 November - Emas
22 November hingga 1 Disember - Krim
2 hingga 11 Disember - Biru
12 hingga 21 Disember - Maroon
22 Disember - Teal (Warna Kayu)


MERAH - Selalunya mereka yang mewakili merah yang garang ini seorang
yang comel dan disayangi ramai. Anda sentiasa ceria dan gembira namun
kadangkala dilanda angin satu badan! Teman atau kekasih yang diingini
ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan diri anda
berasa selesa berdampingan dengan mereka.

OREN - Syabas! Anda ini jenis orang yang berani menanggung risiko atas
setiap perbuatan yang anda lakukan. Baguslah macam tu! Kata orang bernai
buat berani tanggung. Anda juga bijak mengambil hati orang-orang
disekeliling anda dan ini membuakan diri anda disayangi ramai. Anda
punya matlamat tersendiridalam hidup yang menjadi target anda selama ini
dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan,
sebenarnya anda sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan
wujud, selamanya anda akan percayakan dia. Begitu juga dalam perhubungan
cinta. Bagi anda saling percaya-mempercayai itu amat penting!

KUNING - Anda seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah anda
dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling anda. Selain itu, anda
juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal
cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak anda dituruti oleh si
dia. Anda juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran anda
yang jauh ke depan. Tapi jangan tak tahu. Anda ni jiwang karat juga
orangnya. Sentiasa sahaja berminat hal-hal yang romantik bersama si dia.
Alahai!

MERAH JAMBU - Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang
terbaik dalam apa jua yang anda lakukan. Suka menolong orang lain dna
mengambil tahu tentang orang-orang yang disekelilingnya. Namun, anda
sukar untuk memenuhi keinginannya dan sering sahaja berprasangka buruk
terhadap orang lain. Dari segi percintaan anda mengimpikan sebuah
percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

BIRU - Ternyata anda seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan
terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif
yang harus anda ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri anda
sendiri. Selain itu, anda juga cenderung ke arah kesenian dan
sememangnya anda berbakat dalam bidang itu hingga menjadikannya sebagai
kerjaya tetap. Soal cinta pula, anda mudah sangat jatuh cinta tapi
sering kali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta anda pun
hendak bercinta. Tapi anda bukan benar-benar mencintai si dia setulus
hati. Silap sendirilah kan? Kalau anda mahukan hubungan itu
berpanjangan, anda harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

HIJAU - Salah satu kelebihan yang anda miliki ialah cukup pandai
menyesuaikan diri dengan orang yang baru kenali. Mungkin kerana sikap
anda yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar anda boleh
membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata anda. Anda juga ingin
diri anda disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun,
selalunya mereke ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan
jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

WARNA BUAH LIMAU (LIME) - Sifat anda yang tenang sahaja sepanjang masa
amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, anda juga mudah rasa tertekan
apabila dilanda masalah. Selain itu, anda boleh dikatakan agak cerewet
juga kerana perkara-perkara kecil pun amat prihatin. Pun begitu, anda
punya personaliti tersendiri yang membuatkan ramai menyukai diri anda.
Amboi! Anda ni rupanya seorang kekasih yang kuat cembutu ya!

HITAM - Anda gemar hidup yang mencabar dan punya keberanian untuk
melakukan apa sahaja. Sebab itulah usah ada sesiapa yang cuba mencabar
anda kerana anda pantang dicabar. Tapi anda tidak begitu gemarkan
perubahan mendadak dalam hidup anda. Namun sekali anda membuat
keputusan, ia sukar untuk diubah oleh ornag lain. Kisah cinta anda juga
begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan
itu berkekalan. Belajarlah bertolak ansur sikit!

UNGU - Amboi! Anda ni merupakan gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai
orang yang dapat mendekati diri anda kecuali orang yang benar-benar anda
percayai. Walaupun begitu, anda tidak pernah mementingkan diri sendiri
dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi anda.
Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan anda seharian.
Jika anda rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling
ceria bagi diri anda. Dalam menjalinkan percintaan, anda lebih cenderung
untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangannya.

PUTIH - Anda mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha
keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan
penghargaan tinggi terhadap anda memandangkan anda agak berkebolehan
dalam pelajaran dan kerjaya. Walau bagaimanapun, anda ni kuat cembutu
orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain.
Perhubungan cinta anda juga sering tegang dek kerana sikap cemburu anda
terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau
tu cemburu buta namanya.

EMAS - Anda seorang yang tahu apa yang anda lakukan. Anda juga seorang
yang mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Seorang yang ceria serta tak
suka bersedih walaupun berjumpa dengan ornag yang benar-benar anda
sukai. Tapi sekali anda menemuinya pasti tidak akan anda lepaskan
peluang begitu sahaja.

KRIM - Ha! Anda ni merupakan seorang yang suka bersaing dalam apa jua
bidang yang anda ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara
sihatlah. Anda juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai
apa yang diidamkan. Namun anda cukup takut akan kehilangan sama ada
teman ataupun kekasih! Sebagai seornag kawan, anda boleh dipercayai 100
peratus dan setia pada janji. Dari segi percintaan, anda amat berhati-
hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tidak mudah jatuh cinta
hinggalah menemui seseorang yang benar-benar anda cintai. Ketika itu,
anda tidak perlukan masa yang lama untuk melafazkan kata-kata sayang.

MAROON - Bagi anda yang mewakili warna maroon ini, anda digambarkan
seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri anda. Namun anda
juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat anda
sendiri tanpa memperdulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah
yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, anda cukup sabar dan
tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Anda juga terkenal
dengan sikap setia anda dalam perhubungan.

BIRU LAUT - Anda mencintai diri dan kehidupan anda sendiri melebihi
segala-galanya. Bagi anda, jika anda tidak sayangkan diri sendiri siapa
lagi? Anda juga seorang yang berpersonalitimenarik hingga sering menjadi
perhatian ramai. Selain itu, anda juga berpandangan jauh untuk masa
depan. Tapi, berhati-hati dengan sikap pemarah anda. Sekali anda marah
pada seseorang, sukar anda nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan
orang lain. Sebab itulah anda sering bertengkar dengan si dia. Mana
taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan anda sendiri pun ada
melakukan kesilapan.

TEAL (WARNA KAYU) - Bukan main lagi kamu ni ta! Tak kira lelaki atau
perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan
fizikal diri anda. Anda sering melakukan kesilapan dalam membuat
keputusan lantaran sikap anda yang suka sangat ambil mudah terhadap
sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, anda bercita rasa
cukup tinggi. Anda tidak akan memilih yang sembarangan sahaja! Anda juga
suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah anda. Walau
bagaimanapun sikap anda yang peramah membuatkan diri anda punyai ramai
teman.

RELAX2

NI KISAH BEDAH BERUMUR 7 TAHUN SEPERTI DICERITAKAN PADA AKU...

Pada satu hari bedah dan bapanya datang ke kl dan pergi ke shopping mall.... 
Anak beranak nih baru first time datang kl, sebelum nih asik dok memerap 
kat kampung... Jalan punya jalan,akhirnya bedah terpandang lif lalu dia pun 
tanyalah bapak dia...." Pak, itu amenda pak?"

Bapak di jawad," entah lah nak....bapak pun baru ini nampak menatang tuh...."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok2,tergigil2 pergi kedinding
dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk
kedalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka... TINGGGG!!!!! 
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN... 
lantas berkatalah bapak si bedah kepada bedah......

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI, 
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!!"

RELAX

riang  1
Seorang polis ditugaskan untuk melawat bilik mayat untuk siasatan kematian
3 orang lelaki....dia pelik apabila mendapati ketiga-tiga mayat itu tersenyum....
dia bertanya kepada penjaga bilik mayat itu....
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat ini tersenyum?
PENJAGA : Yang ini dia sedang bersanding..tiba-tiba diserang strok..
PENJAGA : Yang kedua dia memenangi loteri..oleh kerana gembira yang
amat sangat..dia diserang penyakit jantung..
PENJAGA : Dan yang terakhir dia dipanah petir.
POLIS : (Kehairanan) Mengapa dipanah petir pun tersenyum?
PENJAGA : Kerana dia ingat orang sedang mengambil gambarnya pada waktu itu..
POLIS : ????

riang 2
Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah
tidak seperti biasa
Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul
10.00 pagi.."
Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat..
lalu  disuruh pulang..."
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"
Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"


riang 3
Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama
Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu,
berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal
cikgu". "Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas
guru tersebut. Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi
mengangguk setuju. "Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama
menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang
bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga
hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah
berkahwin?" Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".
"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi
saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

Friday, 2 December 2011

Al-Fatihah










Segalanya menjadi satu kenangan yang abadi.... Miss U Nasarina Halim...

Wednesday, 17 August 2011

BIKIN PANAZZZZZZZZZZZZ....


Punya aku men mengamuk hari ni... buleh aku tanya dengan nada lemah lembut dan penuh kasih sayang. dia buat der... jak. Napalah c MANYUNG mesti berperangai macam ni. Aku tahu bah... ko ndak suka aku... Pasal aku cumil kan. Tulah ko dengki sangat. Dasar... MANYUNG.