Terdengar lagu SALEM... Bait-bait ayat yang membuat aku terasa SAYU bila mengenangmu Sahabatku.... Jauh kau pergi meninggalkan diriku.. Aku rasakan. Jiwa ini tidak tenang. Bertambah luka lagi hati ini bila terlihat sehelai kain pemberian seorang sahabat yang amat aku rindui. Terasa airmata ini mengalir dengan derasnya. Diri ini terlalu lemah untuk menerima kenyataan... yang kau telah jauh dari sisiku. Airmata seperti tidak mahu berhenti mengalir. Ku cuba tahan... tapi, aku tak mampu. Apa dayaku... Kain itu ku pegang dan ku usap dengan rapi. Aku andaikan kau sentiasa ada disisiku dan sentiasa memberi nasihat kepadaku. Ya Allah.. tabahkanlah hatiku ini... orang yang ku kenang ini sebenarnya telah tiada.. hanyalah kenangan dan sehelai kain ini sahaja yang menemaniku. Baru beberapa bulan pemergianmu...sayang. Tetapi, masih terasa kehadiranmu... Sahabatku.
No comments:
Post a Comment