riang 1
Seorang polis ditugaskan untuk melawat bilik mayat untuk siasatan kematian
3 orang lelaki....dia pelik apabila mendapati ketiga-tiga mayat itu tersenyum....
dia bertanya kepada penjaga bilik mayat itu....
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat ini tersenyum?
PENJAGA : Yang ini dia sedang bersanding..tiba-tiba diserang strok..
PENJAGA : Yang kedua dia memenangi loteri..oleh kerana gembira yang
amat sangat..dia diserang penyakit jantung..
PENJAGA : Dan yang terakhir dia dipanah petir.
POLIS : (Kehairanan) Mengapa dipanah petir pun tersenyum?
PENJAGA : Kerana dia ingat orang sedang mengambil gambarnya pada waktu itu..
POLIS : ????
riang 2
Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah
tidak seperti biasa
Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul
10.00 pagi.."
Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat..
lalu disuruh pulang..."
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"
Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"
riang 3
Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama
Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu,
berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal
cikgu". "Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas
guru tersebut. Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi
mengangguk setuju. "Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama
menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang
bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga
hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah
berkahwin?" Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".
"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi
saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.
No comments:
Post a Comment