Hari ni... hari ke 2 aku berada di bahagian korporat. Aduh... sunyi juga kadang2 bahagian ni. Nak tau kenapa ??? Sebab aku belum belum diberi skop kerja. Puan masih bercuti... Tapi, yang aku pasti.. sepasti pastinya kemungkinan yang SANGAT BESAR ... aku akan jadi JURUTEKNIK ICT GRED F. Dari Gred J bertukar ke gred F. Apalah malang nasibku... Buah cempadak jadi nangka. Hahahaha nasib aku ndak ambik perumpamaan yang satu lagi. Mesti kak noey, kak yan, jubi dan c tyah ingat. AMBIK YANG KERUH BUANG YANG JERNIH. Hahhahahaha... Nasiblah perut durang ndak pecah. Sebenarnya aku tak suka men2 komputer... ni. Sakit kepala dan sakit mata dibuatnya. Benda yang paling aku tak suka buat benda-benda ni... Tapi, Apakan daya.. arahan orang atasan, terpaksalah ikut. Aku hanya menurut perintah.
Didalam hatiku ini... ada sudah tumbuh taman pelbagAi warna terutama warna PINK bak kata kumpulan sepah MANISNYA KURMA INI..... . Aku rasa nak balik kampung jak lama-lama sampai berkurun lama. Seperti lagu kumpulan Exist. Lirik yang masih aku masih ingat hingga kini ... BERKURUN LAMA KU RAHSIAKAN... hehhehehe. Masa ni memang masih ingat. Kalau dah buat kerja ICT nanti... Confirm GB aku kena Upgrade sikit. Kalau dah penuh memory aku nanti... nada masa ingat lagu bak kata aznil JANGAN LUPA LIRIK YEYEYEYE... .
Terimbas... masa muda-muda dulu... ops... bukan muda-muda. Masa sekaranglah. Nak panggil apa erkkkk.... setengah muda dan setengah tua. Singkatannya Setengah DATU... hhehehehehe.... Nak tau bagaimana perasaan aku mula-mula mendapat tau aku ditempatkan bahagian ni. Aduhhh... Aku STRESS yang amat sangat. Dari markah 100% jadi 999%. Hahhahaahha... wah begitu tinggi tekanan yang aku tanggung. Hari jumaat aku minta half day. aku ndak larat udah... terlalu banyak berfikir. Hancur hatiku mengenang apa yang telah berlaku pada diriku. Kalau Bos yang aku sayang dulu masih ada, semua ini tak akan berlaku. Apatah lagi untuk menyakiti hati kakitangannya semua. Sebenarnya aku pasrah... tak tau nak lari jabatan mana lagi.
Aku masih teringat lagi, bos yang aku sangat respek. Aku tidak menjangka apa yang berlaku ? Apakah dosaku.. kadang aku terfikir.. sampai hati bos perlakukan aku sedemikian rupa. Hatiku pedih mengenang apa yang berlaku. Aku gagahi.. diriku untuk meneruskan apa yang terjadi.. Lagu yang paling sesuai ditujukan untukku ialah BUKAN KU PINTA... Ada makna tersendiri lagu ini. Sekarang ni aku dah menemui kawan baru, nak tau sapa ??? Blog nilah... hehhehehehe. Inilah satu2nya tempat aku meluah dan berbicara tentang apa yang berlaku... aku nak gelar blog ni PINKY. Nama pinky ni dari panggilan norlia untuk diriku. Sebab aku memang minat pink yang amat sangat. Bilik kat kampung semuanya pink. Apa-apa benda yang berkaitan semuan pink. nasiblah c cim ndak warna pink. Kuikuikui... jangan marah yayang. Ayang saja buat lawak BOMBA. Hehhehehehe... . Norlia adalah salah seorang kawanku yang rapat dulu sewaktu kami dibawah satu bahagian. Mulanya dia dipindahkan... selepas tu sohani pula bertukar kerana kenaikan pangkat. tinggallah aku sendiri. Tapi nasib ada kak CENDAWAN BUNTAKKU... dialah pengubat luka dan kesepian aku ni. Kadang2 aku tersenyum meliha gelagatnya. Kadang aku geram.... (Hanya orang yang rapat saja mengetahuinya.
Sangkaan aku rupanya salah selama ni. Walaupun kakitangan Korporat sunyi, tapi mereka tetap membuat kerja dengan tekun. Tak sangka ye... banyaknya kereja mereka. MMMMmmmmmm confirm selepas ni aku busy mcm mereka juga. Pejam celik.. pejam celik... rupanya telah 8 tahun aku berkhidmat dengan JKR WP Labuan. Fuiyooo lama tu... tak sangkakan...
*1/10/2003-7/10/2003 - aku ditempatkan di Pentadbiran
*8/10/2003-2006 - aku ditempatkan bahagian penyelenggaraan bangunan (jaga projek bangunan)
- Berkerja dibawah Jurutera - En. Roslan
*2007- aku dibawah projek bangunan
- Berkerja dibawah Jurutera - Pn. Norlinah
*1/1/2008- 31/9/2008 - Projek Bangunan juga
- Berkerja dibawah Jurutera Mr. Law
*1/10/2008- 31/7/2011- aku ditempatkan bahagian Jalan
- Berkerja dibawah Jurutera Ir.Nazam, Encik Azali dan En. Idzwan
*1/8/2011- ???? - aku ditempatkan di Bahagian korporat
- Berkerja dibawah Jurutera Pn. Merini
Aduhhhh.... mengantuklah pulak... bah nanti aku smbg ceta lagi. Bibie... nanti kakak download gambarmu dan gambar jaja... yang kita g makan malam d dewan. Bergaya sakan. Gambar tu masih kakak simpan.
BYE...
No comments:
Post a Comment