Wednesday, 17 August 2011

BIKIN PANAZZZZZZZZZZZZ....


Punya aku men mengamuk hari ni... buleh aku tanya dengan nada lemah lembut dan penuh kasih sayang. dia buat der... jak. Napalah c MANYUNG mesti berperangai macam ni. Aku tahu bah... ko ndak suka aku... Pasal aku cumil kan. Tulah ko dengki sangat. Dasar... MANYUNG.

Wednesday, 10 August 2011


Napa ?????
Bagiamana ????
Kenapa ???
Macamana ???
Bila ???
Dimana ????

Betul2 aku nada mood hari ni....ntahlah aku dah pandai MANGUT memanjang sekarang ni. siap boleh sangkut baldi yang berisi air. Adui... kalau beginilah muka aku tiap2 hari... confirm cepat berkedut. Tiada NUR di wajah kalau berterusan  begini...  Kenapalah aku nada mood ni ??? mana ada masalah yang aku fikirkan...  kali stress bulan ni (Ndak cukup tidur dan rehat kali).

Kalaulah boleh... Aku mo balik kampung sekarang juga. Rindunya aku ngan mama dan bapa di kampung. Rasa nak nangis pun ada sudah ni..... airmata ni dah mula bertakung macam air perigi, tinggal nak melimpah lagi ni. Aku terdiam seketika mendengar lagu Nera AF9. Lagilah hatiku bertambah-tambah sedih dan semakin kacau. Jiwang Karat pulak aku kali ni. Sayu, pilu, sedih hati ini......  Macamana aku nak ubat kerinduanku ini... Mana kak Cendawan buntakku ani... ndak cari aku pun hari ni (kali dia bz). Kak... burink bah aku. Nada mood lagi ni... Apa aku mo buat ni????


Sunday, 7 August 2011

Hari ke 8 kita berpuasa...



Menghitung hari mo balik kampung... ndak sabar udah aku mo balik... mo jumpa mama dan bapa... Durian... nyam3x. Teringin sangat mo makan. Tapi, peliklah pula... aku bukannya suka sangat makan durian.. heran bin ajaib. hahhahahhaha... nafsu puasa lah katakan...  Apa yang penting aku mo berehat kat kampung dan mo sambut Birthday bapa 13/8/2011 (Sabtu ni).  Rasanya umur bapa dah masuk 66 tahun. Hehhehehehe...  

Wah... terasa nak balik dah ni... Makan masakan mama.. Nyam3x... Confirm adikku aku di kudat beli ketam. mama pulak masak merah... mengiurkan... wow... Hari ni... nak kirim siapa yang pegi bazar. Malas kan keluar, ndakku berkarihh... Aku teringin nak makan nasi dagang. Nasi dagang kelmarin ndak sedap. Adakah dia guna ayam utk nasi dagang. Iskkkkkk... nasiblah aku ndak nangis masa di sana kelmarin. mana ndak... aku teringin nak makan nasi dagang ngan ikan. 

Aku mo makan apa lagi ni hari... ?????????? 

Wednesday, 3 August 2011

Hari Ke 4 aku disini

Senyuman penuh makna


          Inilah gambar terbaruku di sini. MMMMMmmmm.... cute sikit jakpun (perasaan diri tu cute giler  kuikuikui......). Hahhahaha..... hari yang ke empat aku berada di bahagian korporat. Aku syukur ... aku ditempatkan bahagian ni. Walaupun keadaan sini sunyi.. cuma aku jak yang tukang bising disini dengan lagu-lagu mp3 di dendangkan pagi ni. Hahhahaha.. yang penting aku belum pasang lagu raya.. kalau dah pasang confirm aku nangis. Minggu depan nak balik kampunglah.. berbuka posa dengan bapa dan mama. Rindulah ngan dorang terutama dengan adik bungsu  yang dah besar... . Sabar tinggal seminggu lebih lagi ni mo balik. Hahahhaha... anak manjalah katakan... tapi herankan.. manjaku ni mengalahkan adik bungsuku. Mana aku tahan berjauhan bapa dan mama. Time di politeknik kuching setiap ada kesempatan balik walaupun hanya cuti berberapa hari, aku pasti akan balik. Hahhahaha... bapa yang paling susah hati kalau aku ndak balik, lebih-lebih lagi tinggal di tempat orang. Nama jak anak sulung tapi, paling manja sangat-sangat. Hehhehehe... entahlah aku nak cuba buangkan sifat manjaku tak boleh, napa yer ???? susah sangat nak buang sifat tu... Nasiblah suamiku menerima aku seadanya. Thanks Yayang. Hahhaha....

          Teringat pulak ceta kak noey pasal Thank you. Asal aku teringat... confirm aku senyum memanjang macam  apa jer ???? tak mo cakaplah.. . Hehhehehhehe.... Sekarang aku mahu gunakan bahasa baru. Kalau ada orang yang menyakitkan hatiku, aku akan cakap ko lah thank you. simbolik betul ayat ni... e4cxau. Alhamdulillah aku dah dapat biasakan diriku disini, kak midah pun ok. staff kat cni pun sporting. Yang best aku ceria selalu kat cni. Tekanan kerja memang takda. cuma aku kena study hard untuk ICT. Harap adalah juruteknik gred F datang ganti aku nanti. Faham ajelah ... Orang teknikal jurusan Awam buat kerja-kerja ICT. Aku mo belajar semua benda. Kak midah banyak juga bagi nasihat. insyallah kak.. aku akan cuba buat yang terbaik. Thanks kak midah.

Tuesday, 2 August 2011

Hari keduaku... mengimbas semua kenangan... buleh kali ahahhahahahah....

Hari ni... hari ke 2 aku berada di bahagian korporat. Aduh... sunyi juga kadang2 bahagian ni. Nak tau kenapa ??? Sebab aku belum belum diberi skop kerja. Puan masih bercuti...  Tapi, yang aku pasti.. sepasti pastinya kemungkinan yang SANGAT BESAR ... aku akan jadi JURUTEKNIK ICT GRED F. Dari Gred J bertukar ke gred F. Apalah malang nasibku... Buah cempadak jadi nangka. Hahahaha nasib aku ndak ambik perumpamaan yang satu lagi. Mesti kak noey, kak yan, jubi dan c tyah ingat. AMBIK YANG KERUH BUANG YANG JERNIH. Hahhahahaha... Nasiblah perut durang ndak pecah. Sebenarnya aku tak suka men2 komputer... ni. Sakit kepala dan sakit mata dibuatnya. Benda yang paling aku tak suka buat benda-benda ni... Tapi, Apakan daya.. arahan orang atasan, terpaksalah ikut. Aku hanya menurut perintah.

Didalam hatiku ini... ada sudah tumbuh taman pelbagAi warna terutama warna PINK bak kata kumpulan sepah MANISNYA KURMA INI..... . Aku rasa nak balik kampung jak lama-lama sampai berkurun lama. Seperti lagu kumpulan Exist. Lirik yang masih aku masih ingat hingga kini ... BERKURUN LAMA KU RAHSIAKAN... hehhehehe. Masa ni memang masih ingat. Kalau dah buat kerja ICT nanti... Confirm GB aku kena Upgrade sikit. Kalau dah penuh memory aku nanti... nada masa ingat lagu bak kata aznil JANGAN LUPA LIRIK YEYEYEYE... .

Terimbas... masa muda-muda dulu... ops... bukan muda-muda. Masa sekaranglah. Nak panggil apa erkkkk.... setengah muda dan setengah tua. Singkatannya Setengah DATU... hhehehehehe.... Nak tau bagaimana perasaan aku mula-mula mendapat tau aku ditempatkan bahagian ni. Aduhhh... Aku STRESS yang amat sangat. Dari markah 100% jadi 999%. Hahhahaahha... wah begitu tinggi tekanan yang aku tanggung. Hari jumaat aku minta half day. aku ndak larat udah... terlalu banyak berfikir. Hancur hatiku mengenang apa yang telah berlaku pada diriku. Kalau Bos yang aku sayang dulu masih ada, semua ini tak akan berlaku. Apatah lagi untuk menyakiti hati kakitangannya semua. Sebenarnya aku pasrah... tak tau nak lari jabatan mana lagi.

Aku masih teringat lagi, bos yang aku sangat respek. Aku tidak menjangka apa yang berlaku ? Apakah dosaku.. kadang aku terfikir.. sampai hati bos perlakukan aku sedemikian rupa. Hatiku pedih mengenang apa yang berlaku. Aku gagahi.. diriku untuk meneruskan apa yang terjadi.. Lagu yang paling sesuai ditujukan untukku ialah BUKAN KU PINTA... Ada makna tersendiri lagu ini. Sekarang ni aku dah menemui kawan baru, nak tau sapa ??? Blog nilah... hehhehehehe. Inilah satu2nya tempat aku meluah dan berbicara tentang apa yang berlaku... aku nak gelar blog ni PINKY. Nama pinky ni dari panggilan norlia untuk diriku. Sebab aku memang minat pink yang amat sangat. Bilik kat kampung semuanya pink. Apa-apa benda yang berkaitan semuan pink. nasiblah c cim ndak warna pink. Kuikuikui... jangan marah yayang. Ayang saja buat lawak BOMBA.  Hehhehehehe... . Norlia adalah salah seorang kawanku yang rapat dulu sewaktu kami dibawah satu bahagian. Mulanya dia dipindahkan... selepas tu sohani pula bertukar kerana kenaikan pangkat. tinggallah aku sendiri. Tapi nasib ada kak CENDAWAN BUNTAKKU... dialah pengubat luka dan kesepian aku ni. Kadang2 aku tersenyum meliha gelagatnya. Kadang aku geram.... (Hanya orang yang rapat saja mengetahuinya.

Sangkaan aku rupanya salah selama ni. Walaupun kakitangan Korporat sunyi, tapi mereka tetap membuat kerja dengan tekun. Tak sangka ye... banyaknya kereja mereka. MMMMmmmmmm confirm selepas ni aku busy mcm mereka juga. Pejam celik.. pejam celik... rupanya telah 8 tahun aku berkhidmat dengan JKR WP Labuan. Fuiyooo lama tu... tak sangkakan...

*1/10/2003-7/10/2003 - aku ditempatkan di Pentadbiran

*8/10/2003-2006 - aku ditempatkan bahagian penyelenggaraan bangunan (jaga projek bangunan)
- Berkerja dibawah Jurutera - En. Roslan

*2007- aku dibawah projek bangunan
- Berkerja dibawah Jurutera - Pn. Norlinah

*1/1/2008- 31/9/2008 - Projek Bangunan juga
- Berkerja dibawah Jurutera Mr. Law

*1/10/2008- 31/7/2011- aku ditempatkan bahagian Jalan
- Berkerja dibawah Jurutera Ir.Nazam, Encik Azali dan En. Idzwan

*1/8/2011- ???? - aku ditempatkan di Bahagian korporat
- Berkerja dibawah Jurutera Pn. Merini


Aduhhhh.... mengantuklah pulak... bah nanti aku smbg ceta lagi. Bibie... nanti kakak download gambarmu dan gambar jaja... yang kita g makan malam d dewan. Bergaya sakan. Gambar tu masih kakak simpan.
BYE...