Sunday, 31 July 2011

Di Tempat Baru..

Hari ini jam menunjukkan jam 8.00 Pagi, aku melangkah kaki ke Bahagian Korporat. Sunyi dan sepi aku rasakan. Aku bagaikan orang asing di tempat ini. Nasiblah aku ada bawa laptop dan MP3. Lain aku rasakan... tiba-tiba Lagu Siti Nurhaliza begitu mengusik jiwaku,  Usah diragui... fuhhhh. adalah meleleh airmata ni karang. Memang aku seperti dulu. Kuikuikui... terikut pula lirik lagu ct. Jiwang karat pulak aku pagi-pagi ni. Hati ini begitu Sedih sebab berpisah ngan kak Cendawan Buntak yang amat aku sayangi. Bagaikan My Mama. Kalau rindu mama di kampung... aku peluk jak dia. Hehhehhee...

Kenapalah sunyi sangat bahagian ini. Kalau nak pasang lagu... ada karang orang MANGUTTTT... Mana pula c abang (AG) ni, ndak pandai muncul-muncul. ndakkan cuti. Dah aku blur disini... ndak tau mo buat apa ?????

Thursday, 28 July 2011

Lawatan Ke Keningau....

Kilang Fat Choi   


         Pada 28 Mei 2011 (Sabtu) seramai 22 orang peserta mengikuti lawatan ke Kilang Kopi Fatt Choi Tenom. Disini kami mengenali pelbagai jenis kopi. Terbahagi kepada tiga jenis :-
                                        - Kopi Arabica
                                        - Kopi Robistar
                                        - Kopi Liabrica.
       
          Sesampai disana kami berkenalan dengan Cik Yong. Kami dibawa masuk ke kilang pemprosesan kopi. Proses pertama ialah memilih buah kopi secara manual dan pembersihan buah kopi. Kemudian proses memanggang dan mengoreng buah kopi berkenaan. Bagi kopi original ia hanya melalui proses memanggang dan bagi kopi campuran ia akan melalui dua kaedah iaitu proses memanggang dan kemudian proses mengoreng buah kopi tersebut. Selepas proses tersebut di buat, kami di bawa ke tempat menghancurkan buah kopi yang telah dimasak tadi. Selepas itu kami dibawa ke tempat membungkus kopi secara manual dan mesin. Kemudian kami dibawa ke kebuan kopi.

           Disini kami mengenali pelbagai pokok kopi, sebelum melalui kebun kopi, kami menemui ikan naga yang berumur 8 tahun. Ikan ini berasal dari Afrika dan dikenali sebagai Pirana Afrika. Usia ikan ini boleh mencapai 20 Tahun dan kami menemui Labi-labi seberat 50 Kg. Macam-macam gelagat dan ragam sewaktu kami berada disana. Yang seronoknya semasa pekerja disana memberi makan ikan naga. Ikan naga tersebut mengeluarkan bunyi yang mengejutkan. Semua peserta jadi riuh kerana terkejut. Selepas itu, kami di bawa mengenali pokok-pokok kopi yang berada disana. Kami dikenalkan dengan Buah Ajaib. Buah ni berwarna Merah. Kalau makan buah ni, benda asam yang kita makan akan menjadi manis. Disini juga kami mengenali perbezaan pokok kopi tersebut.

          Selepas itu, kami duduk di 'Coffe Corner'; untuk berehat. Disini kami mengenali dan merasa pelbagai jenis kopi campuran. Yang pastinya pilihan kami "Ice Blended Coffe". Selepas pengenalan produk minuman 'Fatt Choi'. Kami ada sesi bonus soal jawab. Semua peserta berebut-rebut menjawab soalan yang diberi. Orang JKR Labuan ni hebat-hebat semua. Selepas minum, kami membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke kampung masing-masing dengan harga yang berpatutan. Terima kasih kami ucapkan kepada Kilang Kopi Fatt Choi kerana sudi melayan kami sewaktu disana dengan mesra. 




















































Taman Pertanian  


          Pada 29 Mei 2011 (Ahad) seramai 22 orang peserta mengikuti lawatan ke Taman Pertanian. Disini kami mengenali pelbagai jenis tumbuhan moden dan tumbuhan hutan yang boleh di buat landskap.
Kita akan melalui :-
- Taman Hiasan
- Pulau Perkhemahan
- Pulau Kembara
- Tasik Melalap
- Pulau Burung
- Pulau Padas
- Tasik Sapong
- Taman Haiwan
- Taman Pokok Bunga Tropika
- Tasik Rundum
- Kebun Manggis
- Taman Anak sungai
- Mazium Tanaman Hidup
- Plot Rimba Tropika
- Pulau Pegalan
- Dusun Buah-Buahan
- Kebun Rambutan
- Taman Evolusi dan adaptasi Tumbuhan
- Taman Model - Taman Orkid Hibrid
- Pusat Orkid Tempatan
- Pusat Lebah Madu dan Projek Pertanian       

          Bayaran akan dikenakan RM 10.00 setiap seorang. Sewa basikal juga disediakan. Pemandangan sungguh indah dan mendamaikan ketika berada disana. Sesiapa yang cintakan flora dan fauna pasti tertawan dengan keindahan taman ini.



















Taman Kebudayaan Murut
          Pada 29 Mei 2011 (Ahad) seramai 22 orang peserta mengikuti lawatan ke Taman Kebudayaan Murut. Disini kami mengenali sejarah dan kebudayaan murut. Rumah kayu bertiang kayu balak yang tersegam indah kepada sesiapa yang memandang. Kami berjalan setiap tingkat rumah tersebut. Begitu asyik dan unik dengan kebudayaan murut. 







Kilang Hung Lee Alat Binaan (Hai Hung Sdn. Bhd.)


          Pada 30 Mei 2011 (Isnin) seramai 22 orang peserta mengikuti lawatan ke Kilang Hung Lee Alat Binaan di Keningau. Perjalanan ke  kilang tersebut perlu melaui Jalan Nabawan. Dari pekan ke Kilang mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kilang tersebut. Kami berkenalan dengan Pengurus kilang tersebut iaitu Puan Chiew. Puan Chiew membawa kami melawat ke tempat membuat 'Decorative Block'. Proses pertama bermula dengan campuran bahan iaitu simen dan pasir. Air hanya digunakan sedikit sahaja pada bancuhan tadi. Dari pandangan mata kasar, proses membuat 'Decorative Block' begitu senang. Tapi, sebenarnya perlu teliti dan cermat. Pekerja yang membuat 'Decorative Block' ini telah berkerja membuat blok tersebut sudah 20 tahun dalam bidang ini.  








    Kemudian kami dibawa melawat ke tempat membuat pagar "Chain Link' di buat. Cara pemprosesnya senang kerana menggunakan mesin. Tapi, ia perlu dikawal oleh pekerja itu sendiri untuk menentukan ukuran yang telah di minta oleh pelanggan. Puan Chiew memaklumkan bahawa kawasan Kota Kinabalu menggunakan mesin 100%. Membuat pagar ini juga perlukan ketelitian dan kepantasan.

         Puan Chiew membawa kami melawat ke tempat berikutnya iaitu membuat pagar kawat berduri. Mesin yang digunakan mengeluarkan bunyi yang sangat bising dan pagar tu juga memerlukan seorang pekerja untuk mengawal mesin tersebut. Pekerja yang mengawal mesin tersebut perlukan ketelitian.



Monkey Top Safari


          Pada 30 Mei 2011 (Isnin) saja-saja berjalan ke 'Monkey Top Safari'  Tempat ini terletak di Kampung Kota Klias, Beaufort Sabah. Tempat ini menawarkan tempat mengunjungi monyet yang dikenali sebagai monyet belanda  kalau dalam bahasa sabah Bangkatan dan di samping itu kita dapat melihat kelip-kelip, dalam bahasa brunei ia di panggil kulimpapat. Keadaan persekitaran begitu mengasyikan dan pelancong yang datang juga boleh membeli cenderamata.






















Pelbagai ragam :-